Perutusan

Latar Belakang

Persatuan Badan Berkanun (PBBM) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 14 April 984 dan Yayasan Amanah Latihan Berkanun (YALB) pula di bawah Undang - Undang Kecil Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara Badan-Badan Berkanun di Malaysia khususnya ahli-ahli agar dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan keperluan semasa

Mempertingkatkan dan menggalakkan kemajuan dalam pengkhususan pentadbiran, pengurusan dan latihan. Untuk tujuan ini, Yaayasan Amanah Latihan Berkanun diwujudkan bagi membantu dan menyelenggarakan kursus-kursus jangka pendek, seminar, bengkel, syarahan dan lain-lain media latihan serta pelajaran dalam semua bidang pengurusan

Yayasan Amanah Latihan Berkanun hendaklah diurus dan ditadbirkan oleh Jawatankuasa Persatuan Badan Berkanun Malaysia yang dilantik di bawah 'Perkara XI Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.'

Misi

1

Berusaha merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama yang erat serta pertukaran kepakaran dengan bertujuan mempetingkatkan mutu perkhidmatan Badan-Badan Berkanun di Malaysia

2

Melaksanakan program dan aktiviti Pembangunan Modal Insan yang bersepadu menjurus kepada pembentukan pegawai dan kakitangan yang berdaya saing, berdaya maju dan berkualiti untuk menjadikan warga kerja kelas pertama

3

Mewujudkan pelbagai bentuk aktiviti sukan dan sosial supaya dapat mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta mempereratkan lagi silaturahim yang telah wujud

Akreditasi / Pengiktirafan